0002 10 KESILAPAN RESUME FRESH GRADUATE ENGINEERING YANG MASIH RAMAI LAKUKAN

10 Kesilapan Resume Fresh Graduate Engineering Yang Masih Ramai Lakukan



Ramai pelajar engineering menghabiskan 3 hingga 5 tahun di universiti.Namun apabila tiba masa memohon pekerjaan, resume yang dihantar masih gagal menarik perhatian majikan.Masalahnya bukan kerana tiada pengalaman.Masalahnya kerana ramai tidak tahu bagaimana untuk membentangkan nilai diri mereka secara profesional.

Berikut adalah 10 kesilapan yang sering saya temui semasa membuat semakan resume.

1. Menggunakan Resume Yang Terlalu Panjang

Fresh graduate tidak memerlukan resume sehingga 4 atau 5 muka surat.Kebiasaannya 1 hingga 2 muka surat sudah memadai.Fokus kepada maklumat yang relevan dan memberi impak.

2. Meletakkan Objektif Yang Terlalu Umum

Contoh:

"Saya ingin mencari pekerjaan untuk menimba pengalaman."

Ayat ini boleh digunakan oleh hampir semua orang.Sebaliknya, fokus kepada nilai yang boleh anda bawa kepada organisasi.

3. Tidak Menonjolkan Projek Akademik

Ramai pelajar menganggap FYP hanyalah syarat untuk bergraduasi.Hakikatnya, FYP boleh menjadi portfolio teknikal pertama anda.

Nyatakan:

  • Tajuk projek

  • Perisian yang digunakan

  • Analisis yang dilakukan

  • Hasil yang diperoleh

4. Mengabaikan Pengalaman Internship

Internship bukan sekadar latihan industri. Ia adalah pengalaman kerja pertama anda.

Jelaskan:

  • Tanggungjawab

  • Projek yang terlibat

  • Pencapaian

  • Penambahbaikan yang dibuat

5. Menyenaraikan Kemahiran Tanpa Bukti

Contoh:

  • Leadership

  • Communication

  • Problem Solving

Semua orang boleh menulis perkara tersebut tetapi bolehkah anda membuktikannya?

Gunakan contoh sebenar daripada projek, organisasi atau internship.

6. Tidak Menggunakan Kata Kunci Industri

Banyak syarikat menggunakan ATS (Applicant Tracking System).

Jika resume tidak mengandungi kata kunci yang relevan, peluang untuk dipanggil interview menjadi lebih rendah.

Contoh:

  • Process Improvement

  • Root Cause Analysis

  • Quality Control

  • Preventive Maintenance

  • Data Analysis

7. Menggunakan Email Yang Tidak Profesional

Elakkan email seperti:

  • matrempit95@

  • abanghensem@

  • sayangawak@

Gunakan format profesional:

nama@email.com

8. Tidak Menyusun Resume Dengan Kemas

Resume yang serabut akan menyukarkan recruiter membaca maklumat penting.

Pastikan:

  • Font konsisten

  • Tajuk jelas

  • Susunan kemas

  • Ruang putih mencukupi

9. Tidak Menyatakan Pencapaian

Jangan hanya tulis tugas.

Nyatakan pencapaian.

Contoh:

❌ Membantu dalam pengeluaran.

✅ Membantu pasukan pengeluaran mengurangkan downtime mesin melalui pemantauan harian dan pelaporan data.

10. Menghantar Resume Yang Sama Kepada Semua Syarikat

Setiap jawatan mempunyai keperluan yang berbeza.

Resume Process Engineer tidak semestinya sesuai untuk Quality Engineer atau Maintenance Engineer.

Sesuaikan resume mengikut jawatan yang dipohon.

Kesimpulan

CGPA yang tinggi sahaja tidak menjamin panggilan interview.

Resume adalah dokumen pemasaran diri yang perlu menunjukkan nilai, kemahiran dan potensi yang anda miliki.

Luangkan masa untuk membina resume yang baik kerana ia merupakan pintu pertama sebelum anda diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar semasa interview.


🚀 FREE REVIEW RESUME

Fresh Graduate?

Internship?

Career Switch?

Hantar resume anda untuk semakan awal secara percuma.

📩 WhatsApp:
+6012 998 4453

Ts. Muhammad Iqbal Adnan

Professional Technologist (Ts.)

Engineer | Trainer | Career Development Consultant

🔥 Popular Articles